10 April 2026 (Jumaat) – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Majlis Amanat Pengarah Bil.2/2026 di Dewan Zamrud. Bacaan Yasin telah dipimpin oleh Saudara Muhammad Farid bin Yunus dengan disertai oleh semua warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka. Urus setia bagi Majlis Amanat Pengarah ini telah dikelolakan oleh Seksyen Pembangunan Tanah, Seksyen Penguatkuasa dan Seksyen Hasil. Majlis ini juga turut meraikan YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Ibadah Haji. Warga PTG Melaka mendoakan semoga YBhg. Datuk dan suami dipermudahkan urusan serta memperoleh Haji yang Mabrur.
010-307 8262 









