Seksyen Pendaftaran Hakmilik Geran Tanah
Objektif
Memastikan urusan pendaftaran hakmilik, urusniaga dan bukan urusniaga dilakukan secara cekap, cepat dan berkualiti.
Fungsi :
- Mentadbirkan pendaftaran hakmilik dan urusan-urusan terhadap hakmilik Pendaftar.
- Mendaftar urusan urusniaga tanah seperti (melepaskan gadaian, pindahmilik, gadaian, tenansi, ismen dan lain-lain) dan bukan urusniaga tanah (kaveat, perintah larangan, tukar nama, perletakhakkan mahkamah dan lain-lain).
- Memproses permohonan hakmilik hilang/hancur.
- Menyediakan perkhidmatan pembetulan hakmilik.
- Pendaftaran permohonan hakmilik baru.
- Penukaran Hakmilik Sementara (QT) kepada Hakmilik Tetap (FT).