Aktiviti Lain

AUDIT BAGI PERSEDIAAN PENARAFAN SYSTEM STAR RATING (SSR)

21 Apr 2026

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah melaksanakan pengauditan di Pentadbiran Tanah Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi persediaan audit System Star Rating (SSR) pada 13 hingga 15 April 2026. Seramai 8 orang pegawai telah hadir bagi pengauditan tersebut yang diketuai oleh YBhg. Datuk Anis binti Ali Hassan, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan). Dokumen-dokumen yang disemak adalah Permohonan Tanah Kerajaan (PTK), Tukar Syarat, Pengambilan di Bawah Seksyen 3(1)(a), 3(1)(b) dan 3(1)(c) dan Permit Bahan Batuan meliputi proses kerja bermula pada Januari 2024 hingga Disember 2025 termasuk fail-fail tertunggak bagi tahun 2023 dan ke bawah. Audit ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti ketidakpatuhan atau kelemahan untuk diperbaiki sebelum pengauditan sebenar dilakukan.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer