Seksyen Pembangunan Tanah

Objektif

  • Memastikan semua permohonan pembangunan tanah disemak dan diteliti dengan cermat serta terperinci supaya keputusan-keputusan yang dibuat adalah berlandaskan peruntukan undang-undang dan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.
  • Merancang dasar berkaitan pembangunan tanah yang lebih efektif dan dinamik bersesuaian dengan matlamat Kerajaan Negeri.

Fungsi

  • Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi Dan Pecah Sempadan Negeri Melaka.
  • Menguruskan Permohonan Serah Dan Berimilik Semula Tanah Di Bawah Seksyen 204D KTN.
    • Proses Penilaian Harga Jualan Dan Nilaian Pasaran Tanah.
    • Proses Rencana Pertimbangan Mesyuarat JKBB.
  • Menguruskan Permohonan Pecah Sempadan Tanah Di Bawah Seksyen 137 KTN.
  • Menguruskan Permohonan Pecah Bahagian Tanah Di Bawah Seksyen 142 & 143 A KTN.
  • Menguruskan Permohonan Serentak Pecah Sempadan Dan Tukar Syarat Tanah Di Bawah Seksyen 124A KTN.
  • Menguruskan Permohonan Tukar Syarat Di Bawah Seksyen 124 KTN.
  • Menguruskan Permohonan Penyatuan Tanah Di Bawah Seksyen 148 KTN.
  • Menguruskan Permohonan Rayuan Kelulusan Jawatankuasa Belah Bahagi Dan Pecah Sempadan Negeri Melaka.
  • Permohonan Kebenaran Merancang Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Di Bawah Seksyen 21(1) Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
  • Menguruskan Pra Ulasan Pembangunan Tanah Bagi Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC).
    • Permohonan Ulasan Kebenaran Merancang Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Di Bawah Seksyen 21(1) Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172).
    • Lain-lain Permohonan Baru Bagi Pembangunan Tanah Di Bawah Seksyen 204D KTN dan Seksyen 197 & 76 KTN.
  • Menguruskan Permohonan Melonggar Sekatan (Consent) Pindahmilik, Pajakan , Sewa Atau Gadaian/Cagaran Tanah.
  • Urusan Pentadbiran Dan Kewangan Bagi Seksyen Pembangunan Tanah.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer