Seksyen Hasil

Objektif 

  • Mempertingkatkan prestasi kutipan hasil tanah melalui pemantauan dengan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah.
  • Meningkatkan kutipan hasil tanah menerusi penyelidikan dan kempen kesedaran membayar cukai serta menyelaras penguatkuasaan peraturan-peraturan  tanah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan Malacca Land  Rules 1966.
  • Memperkenalkan sistem kutipan hasil cukai tanah yang lebih efisyen dan efektif bagi maksud pemantauan dan mengurangkan kebocoran hasil.
  • Mengurangkan tunggakan hasil cukai tanah menerusi strategi yang mematuhi kehendak undang-undang.
  • Membuat penambahbaikkan dalam sistem kutipan hasil tanah.

 

Fungsi :

  • Memantau kutipan hasil tanah bagi Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Melaka iaitu Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
  • Menguruskan kutipan hasil daripada agensi pemungut POS Malaysia Berhad, BSN, dan Portal.
  • Menyediakan laporan mingguan dan bulanan bagi kutipan hasil tanah daripada seluruh Pejabat Tanah Negeri Melaka.
  • Mengumpul maklumat berkaitan dengan hasil supaya dapat digunakan bagi tujuan perancangan.
  • Menyediakan, menyemak dan menganalisis data untuk kajian kes dan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan  kutipan hasil negeri .
Theme Color
Reset Color
Font Resizer