Aktiviti Lain

LAWATAN KERJA KE ISTANA KEHAKIMAN, PUTRAJAYA

21 Aug 2025

Lawatan kerja ke Istana Kehakiman Putrajaya telah diadakan pada 11 Ogos 2025. Seramai 34 orang pegawai dan kakitangan telah mengikuti lawatan tersebut. Taklimat berkaitan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas Seksyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Fairuz bin Mohd Puzi, Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan terus kepada peserta untuk memahami amalan-amalan terbaik dan tadbir urus sistem keadilan negara dengan lebih holistik. Peserta rombongan juga telah di bawa melawat ke Bilik Bicara Mahkamah Rayuan, Bilik Saksi Kanak-Kanak Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan juga van bergerak yang digunakan sebagai bilik saksi kanak-kanak. Pelawat juga telah dibawa ke Muzium Kehakiman dan Perpustakaan Pejabat Ketua Pendfatar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) yang menempatkan khazanah warisan sejarah kehakiman dan bahan rujukan undang-undang dilihat berpotensi memberi pendedahan kepada peserta berhubung budaya ilmu, semangat patriotisme dan prinsip teras kedaulatan undang-undang dan ketelusan sistem keadilan negara.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer