Aktiviti Lain

MAJLIS AMANAT PENGARAH PTG MELAKA BIL 1/2025

22 Jan 2025

Majlis Amanat Pengarah PTG Melaka Bil.1/2025 telah diadakan pada 20 Januari 2025 (Isnin). Turut bersama semasa majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan, Timbalan Pengarah PTG dan Encik Mohamad Samsi bin Kamarudin, Timbalan Pendaftar Hak Milik.
Semasa majlis tersebut, YBhg. Datuk Pengarah mengingatkan kepada semua warga PTG akan amanat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka berkaitan 8 perkara sebagai teras yang perlu seluruh penjawat awam ambil perhatian dengan berpegang kepada prinsip untuk memangkin pembangunan yang terancang, seterusnya membina masa depan Melaka lebih gemilang.
Majlis seterusnya turut menyampaikan Anugerah Pekerja Cemelang Bulanan (APCB) dari bulan September hingga Disember 2024 serta sumbangan kepada kakitangan yang kematian ahli keluarga.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer