Tarikh : 25/10/2023 ( Rabu )
Bertempat di : Penjara Dusun Dato' Murad
Mendukung usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan. Usaha ini direalisasikan melalui pembentukan inisiatif Pemantapan Governans, lntegriti dan Anti-Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan bagi menggantikan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan. Matlamat utama pemantapan ini adalah untuk memastikan pengurusan pentadbiran Kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Bagi mencapai hasrat ini, pengurusan pentadbiran Kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan cekap, berdisiplin dan berintegriti.