Aktiviti Lain

Mesyuarat Piagam Pelanggan dan Lawatan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu

18 Dec 2025
Pada 16 November 2025, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah melawat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan silaturrahim. Lawatan ini juga merangkumi pembentangan pelaksanaan e Tanah 2.0 serta sesi dialog dan perkongsian pengalaman dan amalan terbaik khususnya dalam pelaksanaan Sistem e Tanah antara kedua-dua pihak.
Lawatan telah disambut oleh Pengarah PTG Terengganu, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, timbalan-timbalan pengarah dan penolong-penolong pengarah jabatan. Lawatan ini dihadiri oleh Datuk Anis binti Ali Hasan, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) dan En Mohamad Samsi bin Kamarudin, Timbalan Pendaftar Hakmilik serta kakitangan dari PTG dan juga Pejabat Daerah.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer