13 Jun 2025 (Jumaat) - Majlis Pengesahan Bengkel Business Requirement Specification (BRS) Team A (Modul Pendaftaran, Lelong, Hasil, Consent, Strata dan Sokongan) bagi Sistem e-Tanah 2.0 Melaka telah diadakan di Park Royal A’Famosa Resort, Melaka.
Bengkel yang diadakan selama 4 hari tersebut melibatkan semua pengguna teras di Pentadbiran Tanah Negeri Melaka. Ianya bertujuan untuk memuktamadkan dan mendokumentasikan proses kerja atau flow lengkap bagi Sistem e-Tanah 2.0.