Arkib Berita

13 Jul 2022

Semakan Bil Cukai Tanah / Petak

Untuk semakan bil cukai tanah / petak klik disini

Baca Lagi
13 Jul 2022

Pengurangan Cukai Tanah dan Petak sebanyak 10%

BERITA BAIK UNTUK PEMILIK TANAH / STRATA NEGERI MELAKA

Kerajaan Negeri Melaka memberikan PENGURANGAN CUKAI TANAH DAN PETAK SEBANYAK 10% - Bayar online lebih mudah dan pantas di https://melakapay.melaka.gov.my atau Aplikasi MelakaPay - Bayar segera sebelum denda lewat dikenakan bermula 1 Jun 2022 Sebarang pertanyaan sila WhatsApp talian helpline cukai tanah PTG 010-3078262

TERMA DAN SYARAT PENGURANGAN 10% CUKAI TANAH / PETAK

1. Pengurangan diberikan kepada semua kategori pembayar dan semua kategori syarat nyata dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2022
2. Pengurangan diberikan kepada pembayar yang membuat bayaran cukai tanah dan petak semasa beserta tunggakan cukai secara penuh melalui kesemua saluran pembayaran
3. Pengurangan ini tidak terpakai kepada pemilik tanah dan strata yang menerima kelulusan pembayaran secara ansuran
4. Sebarang rayuan terhadap permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Baca Lagi
25 Aug 2022

PERODUA AXIA mungkin akan menjadi milik anda!!

PERODUA AXIA mungkin akan menjadi milik anda!!
 
Jom bayar cukai tanah / petak sekarang dan berpeluang memenangi Perodua Axia dan pelbagai hadiah menarik bernilai RM50,000!
  • Nikmati diskaun 10% bagi cukai tanah / petak tahun 2022. Tempoh akhir pembayaran telah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2022.
  • Pembayaran mudah dan pantas melalui laman web dan aplikasi MelakaPay dan JomPAY.
WhatsApp Helpline Cukai Tanah Melaka 010-3078262

Baca Lagi
02 Sep 2022

Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka bil 1/2022

Assalamualaikum WBT dan Selamat sejahtera.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka (PTGM) sedang melaksanakan kaji selidik Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun 2022. Tempoh masa kajian bermula dari 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.

Kaji selidik ini digunakan bagi membantu pihak pengurusan merancang dan menambahbaik mutu perkhidmatan pentadbiran ini dari semasa ke semasa.

Kajian Kepuasan Pelanggan ini dijalankan secara atas talian melalui capaian berikut: https://forms.gle/zJHWAQztaEoH41Wo8


Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan  amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Baca Lagi
30 Sep 2022

Arahan Pengarah Tanah dan Galian Melaka Bil 2/2022

Pindaan kepada Kaedah-Kaedah Tanah Melaka 1966 melalui Kaedah-Kaedah Tanah Melaka(Pindaan)(No.1)2022

Untuk mendapat dokumen tersebut, sila klik disini

Baca Lagi
09 Nov 2022

Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221606 Mencetak Borang/ Kertas Komputer (Perlu lesen KDN) untuk Tender Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

Tajuk Tender Kod Bidang No. Dokumen Taklimat Tender Tarikh Tutup Tender
Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

221606

Mencetak Borang/ Kertas Komputer (Perlu lesen KDN)

TENDER PTGM(S)/T01/2022

Harga:

RM50.00

Tiada 30 November 2022 jam 12.00 tengahari

 

Dokumen Tawaran akan mula dipamerkan mulai 09 November 2022 pada waktu pejabat di Seksyen Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka, Aras 2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Dokumen Tender akan dijual dari 09 November 2022 hingga 30 November 2022 pada waktu pejabat.

Hanya pegawai-pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran dibenarkan mengambil atau memberi kuasa kepada kakitangan syarikat untuk mengambil Dokumen Tender. Petender / Wakil hendaklah membawa bersama SIJIL ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN (KKM).

Salinan-salinan perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos Sahaja Atas Nama: ”PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA”.

Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 November 2022 di Seksyen Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, Aras 2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Petender yang lewat diterima tidak akan diterima / dilayan.

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA
ARAS 2, WISMA NEGERI
JALAN WISMA NEGERI
HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH
MELAKA

Muat turun iklan, klik disini

Baca Lagi
15 Nov 2022

Membekal Dan Menghantar Toner Untuk Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka Mulai 01 Januari 2023 Sehingga 31 Disember 2023

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebutharga berikut:

No./ Tajuk Sebutharga

Kod Bidang Pendaftaran

Tarikh Tutup Sebutharga

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER UNTUK PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA MULAI 01 JANUARI 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

020601- Alat tulis (tidak termasuk borang dan Semua jenis kertas)

12.00 TENGAH HARI,

24 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)

 

2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 16 November 2022 melalui Sistem Tender Online Melaka (STOM).

3. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada pematuhan spesifikasi bekalan di Lampiran F yang disertakan.

4. Tawaran Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti butiran di bawah : 

Alamat :
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Seksyen Khidmat Pengurusan
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Ayer Keroh 75450 Melaka.

5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut:

5.1       Puan Nur Adilla Bte Daut               -           06-333 3333 ext : 5011

Baca Lagi
15 Nov 2022

Perkhidmatan Kawalan Iring “Cash In Transit” (Cit) Ke Bank Bagi Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka Mulai 25 Januari 2023 Hingga 23 Januari 2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebutharga berikut :

No./ Tajuk Sebutharga

Kod Bidang Pendaftaran

Tarikh Tutup Sebutharga

PERKHIDMATAN KAWALAN IRING “CASH IN TRANSIT” (CIT) KE BANK BAGI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

MULAI 25 JANUARI 2023 HINGGA 23 JANUARI 2026 

220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu lesen KDN)

12.00 TENGAH HARI,

24 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)


2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 16 November 2022 melalui Sistem Tender Online Melaka (STOM).

3. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada pematuhan spesifikasi perkhidmatan di Lampiran C yang disertakan.

4. Tawaran Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti butiran di bawah:

Alamat:         
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Seksyen Khidmat Pengurusan
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Ayer Keroh
75450 Melaka.

5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut :

5.1       Puan Nur Adilla Bte Daut               -           06-333 3333 EXT : 5011

Baca Lagi
02 Dec 2022

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BIL 2/2022 BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022

Assalamualaikum WBT dan Selamat sejahtera?

YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BIL 2/2022 BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022

Adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran ini sedang melaksanakan Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Bil 2/2022 dalam membantu pihak pengurusan merancang dan menambahbaik mutu perkhidmatan di pentadbiran ini dari semasa ke semasa. Justeru itu, YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan dipohon untuk mengedar Borang Kajian Kepuasan Pelanggan jabatan ini kepada semua pegawai/kakitangan di jabatan YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan.

Tempoh pelaksanaan kajian adalah bermula pada 1 Disember 2022 sehingga 30 Disember 2022 (Jumaat). Sehubungan dengan itu, kerjasama YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengisi soal selidik kajian tersebut dalam tempoh yang ditetapkan melalui pautan berikut : https://forms.gle/wLDaey3Bi8kbFjwv9

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YB. Datuk/YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Baca Lagi
02 Dec 2022

IKLAN JAWATAN KOSONG

 
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

IKLAN JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut :-

1.     Jawatan dan kekosongan :

Nama Jawatan    : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
Kekosongan : 6 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred  : N19
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Tempoh Perkhidmatan : 3 bulan 
Kementerian/ Jabatan : Pejabat Tanah dan Galian Melaka
Gaji  :  RM54.00/ hari (Bayaran gaji adalah mengikut hari bekerja)


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i)    warganegara Malaysia;
ii)   berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
iii)   memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Permohonan

Permohonan hendaklah mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran, dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Wisma Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
(u.p : Seksyen Khidmat Pengurusan)


1.    Tarikh tutup permohonan ialah pada  8 Disember 2022 (Khamis)

2.    Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.    Permohonan yang berikut akan ditolak :

3.1 Resume yang tidak lengkap;
3.2 Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
3.3 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan;
3.4 Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.


4.    Catatan Am

4.1 Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka dan aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan. 
4.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

 

Baca Lagi
08 Dec 2022

Notis Makluman

NOTIS MAKLUMAN
PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA

 

PARA PELANGGAN YANG DIHORMATI,

MAKLUMAN TARIKH AKHIR TERIMAAN BAYARAN DI KAUNTER SEKSYEN PENDAFTARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TERIMAAN CEK / BANK DRAF *

TARIKH AKHIR TERIMAAN ADALAH PADA 22 DISEMBER 2022 (KHAMIS) SEHINGGA PUKUL 4.00 PETANG SAHAJA.

* CEK HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA 10 HARI SEBELUM TAMAT TEMPOH SAHLAKU CEK TERSEBUT.

TERIMAAN TUNAI

TARIKH AKHIR TERIMAAN ADALAH PADA 29 DISEMBER 2022 (KHAMIS) SEHINGGA PUKUL 4.00 PETANG SAHAJA.

 

KAUNTER DI SEKSYEN PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 30 DISEMBER 2022 (JUMAAT) BAGI MELANCARKAN PENUTUPAN AKAUN JABATAN TAHUN 2022 DAN AKAN MULA BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA 03 JANUARI 2023 (SELASA).

PIHAK JABATAN MEMOHON MAAF DAN SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

Baca Lagi
22 Dec 2022

Penutupan Akaun Tahun 2022 bagi Pungutan Bayaran Cukai Tanah dan Petak Negeri Melaka oleh Agensi Luar

Baca Lagi
Theme Color
Reset Color
Font Resizer