Aktiviti Lain

INSPEKTORAT ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN

05 Aug 2025

ejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah terpilih menyertai Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri pada 17 hingga 19 Jun 2025. Inspektorat Anugerah Khas ini adalah bagi mengiktiraf tadbir urus Keselamatan Perlindungan yang terbaik di agensi kerajaan dalam usaha ke arah meningkatkan komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan untuk secara konsisten mengamal, melaksana dan menguatkuasakan Keselamatan Perlindungan. Penilaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan merangkumi 6 aspek penilaian iaitu dasar keselamatan perlindungan, keselamatan fizikal, keselamatan rahsia rasmi, keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran teknologi maklumat ICT, keselamatan peribadi dan pengurusan kesinambungan perkhidmatan.

Inspektorat Anugerah Khas tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka yang diketuai oleh Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin, Pengarah Keselamatan Kerajaan.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer