Aktiviti Lain

MAJLIS AMANAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BILANGAN 3 TAHUN 2025

27 Aug 2025

MAJLIS AMANAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BILANGAN 3 TAHUN 2025
Majlis Amanat Pengarah Tanah dan Galian Melaka Bilangan 3 Tahun 2025 telah diadakan pada 21 Ogos 2025 (Khamis). Majlis tersebut yang diadakan bersekali dengan sambutan bulan kemerdekaan peringkat jabatan. YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka dalam amanatnya telah berkongsi amanat YAB Ketua Menteri Melaka semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada 18 Ogos 2025 yang menekankan 3 perkara utama:
i).    latihan digital & etika AI untuk semua penjawat awam;
ii).    penekanan nilai integriti & layanan mesra rakyat; dan
iii).    penggunaan data & teknologi bagi mempercepatkan penyelesaian aduan.
YBhg. Datuk Pengarah turut mengingatkan seluruh warga PPTG agar sentiasa berhemah dan bertanggung jawab dalam membuat apa-apa pernyataan, ulasan atau komen dan tidak sekali-kali menyebarkan maklumat palsu, berunsur hasutan, fitnah, provokasi atau yang tidak dapat disahkan kebenarannya.
Selain tu, warga PPTG diingatkan agar sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993], Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Melaka) (Pindaan) 2003 M.P.U 31 serta peraturan-peraturan lain berkaitan kelakuan dan tatatertib yang sedang berkuatkuasa.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer