Seksyen Teknologi Maklumat

OBJEKTIF

  • Melaksanakan tugas sebagai pusat pengkomputeran yang akan memberi perkhidmatan ICT kepada jabatan meliputi aplikasi, perkakasan, perisian, pangkalan data dan rangkaian.
  • Membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti pentadbiran serta pengurusan Jabatan menerusi khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang diperlukan.

FUNGSI

  • Merancang, melaksana dan mengendali program pengkomputeran ICT yang berkaitan kepada jabatan.
  • Memantau pengoperasian sistem pentadbiran tanah (Sistem e-Tanah) yang digunakan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka, Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
  • Mengurus operasi server dan penyelenggaraan ICT untuk jabatan, Pusat Data dan DRC.
  • Membangun dan menyelaras penyelenggaraan laman web / portal jabatan dan media sosial jabatan.
  • Mengurus keperluan bekalan toner jabatan.
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT yang diperlukan.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer