Lawatan Benchmarking Sempena Kajian Benchmarking Sistem Penarafan Bintang (SSR) oleh JKPTG ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah diadakan pada 29 Julai 2025. Seramai 7 orang pegawai telah hadir bagi kajian tersebut yang diketuai oleh Tuan Haji Jaiya bin Abu, Pengarah Bahagian Pengurusan Perundangan Tanah, JKPTG Putrajaya. Lawatan tersebut adalah untuk membuat kajian perbandingan tempoh masa urusan tanah di Pentadbiran Tanah Semenanjung Malaysia bagi tujuan penyeragaman. Kriteria SSR Pentadbiran Tanah sedia ada perlu dikaji semula dan ditambah baik supaya dapat memenuhi ekspektasi serta meningkatkan keyakinan orang awam terhadap penyampaian perkhidmatan urusan tanah di seluruh negara dengan satu standard / prosedur yang sama.