Seksyen Pelupusan Tanah/ Urusetia MMKN dan Dewan
Objektif :
Memastikan urusan berkaitan tanah di Negeri Melaka adalah teratur mengikut peruntukan perundangan yang berkuatkuasa dan memenuhi ekspektasi pemegang taruh serta pelanggan.
Fungsi :
- Memproses dan mengangkat risalat-risalat berkaitan urusan tanah seperti permohonan tanah Kerajaan, lesen pendudukan sementara, perizaban, pengambilan tanah dan lain-lain untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
- Menyelaras dasar dan memproses permohonan pemilikan hartanah oleh Warganegara / Syarikat Asing di Negeri Melaka.
- Menyelaras dan mengurusetia pertanyaan lisan serta bertulis bagi soalan-soalan berkaitan tanah untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.
- Menyelaras dan mengurusetia permohonan kebenaran pindahmilik tanah ladang Negeri Melaka.
- Menyelaras dan memproses permohonan penyenaraian di bawah Jadual 6 dan 7 Kanun Tanah Negeri Melaka (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) Akta 1963