Seksyen Penguatkuasa dan Teknikal

Objektif

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Undang-undang Tanah selaras dengan kehendak Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah Negeri Melaka.
  • Meningkatkan pungutan hasil Kerajaan Negeri melalui bayaran royalti bahan batuan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah
  • Mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat asas berkaitan dengan pembangunan tanah di negeri Melaka.


Fungsi

  • Menyiasat dan menyediakan laporan terhadap aduan-aduan yang diterima daripada orang awam berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang Kanun Tanah Negara.
  • Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan, permohonan permit ruang udara dan pengambilan tanah.
  • Menjadi urusetia bagi permohonan permit pasir di dalam Mesyuarat Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Negeri (JKBB).
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960.
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Sumber Mineral Negeri Melaka.
  • Menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengeluaran bahan batuan tanpa permit mengikut Seksyen 429B(1) Kanun Tanah Negara.
  • Menyediakan pelan mengenai tapak cadangan pembangunan di negeri Melaka mengikut kehendak Y.A.B Ketua Menteri
  • Mengumpul dan mengemaskini data-data sebagai maklumat mengenai pengeluaran bahan batuan, pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan tanah negeri Melaka
Theme Color
Reset Color
Font Resizer