Pentadbiran Tanah Negeri Melaka dengan kerjasama MPC telah menganjurkan Bengkel Memperkasa Proses Pengambilan Tanah Negeri Melaka pada 14 hingga 16 Ogos 2025 yang turut melibatkan agensi teknikal seperti PBT, PLANMalaysia, JPPH dan UPEN.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan pengambilan tanah serta membincangkan cadangan pindaan LCP Versi 2.0 dengan memasukkan maklumat berkaitan pengambilan tanah.
Hasil bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh keberkesanan proses pengambilan tanah sekaligus menyokong pembangunan Negeri Melaka secara lebih cekap dan berkesan.