Aktiviti Lain

LAWATAN PRA PENYERAHAN GELANGGANG FUTSAL BERBUMBUNG WISMA NEGERI MELAKA

21 May 2025
WISMA NEGERI, 20 Mei 2024 - Satu Lawatan Pra Penyerahan Gelanggang Futsal Berbumbung Wisma Negeri Melaka telah diadakan sebelum penyerahan rasmi dilaksnakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sempena lawatan pra penyerahan ini, satu perlawanan futsal diantara pasukan JBSNM bersama Pejabat Tanah dan Galian Melaka turut diadakan bagi menguji keadaan gelanggang yang telah siap dibina.
Selain itu, perlawanan ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah silaturrahim di samping menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan cergas dikalangan kakitangan awam. Turut hadir YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Mohd Shafei bin Abdul Rasip Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan mewakili Pengarah Tanah dan Galian Melaka.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer