26 Jun 2025 (Khamis) - Majlis Pengesahan Bengkel Business Requirement Specification (BRS) Team B (Modul Pelupusan, Pembangunan, Pengambilan, Teknikal, dan Penguatkuasaaan) bagi Sistem e-Tanah 2.0 Melaka telah diadakan di Dusit Princess, Melaka.
Bengkel yang diadakan selama 4 hari tersebut melibatkan semua pengguna teras di Pentadbiran Tanah Negeri Melaka. Ianya bertujuan untuk memuktamadkan dan mendokumentasikan proses kerja atau flow lengkap bagi Sistem e-Tanah 2.0.