Seksyen Perundangan

Objektif 

Memberi perkhidmatan perundangan yang terbaik dengan cekap, adil dan efektif mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Melaka serta undang-undang Malaysia sedia ada.

Fungsi :

  • Memberikan khidmat nasihat, ulasan dan pandangan undang-undang kepada Pengarah Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah berhubung sebarang isu berkaitan tanah.
  • Bertanggungjawab menderaf apa-apa pindaan perundangan subsidiari berkaitan seperti Kaedah-kaedah Tanah Melaka 1966 dan Kaedah Hakmilik Strata 2002.
  • Menderaf dan menyemak apa-apa warta yang disediakan oleh Seksyen dalaman khususnya Seksyen Pembangunan Tanah, Strata dan Pendaftaran dan bertangunggjawab menyimpan semua dokumen Warta asal yang telah disiarkan untuk Pejabat Tanah dan Galian Melaka.
  • Meneliti dan memberi arahan kepada kertas-kertas siasatan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
  • Membantu Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Melaka meyediakan kertas-kertas kausa, dokumen dan maklumat mengenai kes-kes sivil yang melibatkan undang-undang tanah.
  • Mengendalikan pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Hakmilik Strata 1985.
  • Bertanggungjawab menyemak perjanjian, Memorandum atau lain-lain dokumen undang-undang.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer