PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

NO. PERKARA TEMPOH
1. Permohonan  risalat tanah yang lengkap untuk diperakukan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sebelum diangkat bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). 30 hari bekerja
2. Pemakluman surat keputusan bagi risalat tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) yang berkenaan daripada tarikh terima keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. 14 hari bekerja
3. Permohonan pembangunan tanah diproses daripada tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. 30 hari bekerja
4. Permohonan kebenaran pindah milik diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan PTG. 21 hari bekerja
5. Permohonan kebenaran pindah milik diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan YAB Ketua Menteri. 30 hari bekerja
6. Keputusan permohonan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah mengikut tempoh ditetapkan setelah menerima keputusan daripada urusetia Mesyuarat JKBB. 14 hari bekerja
7. Permohonan urusan urusniaga dan bukan urusniaga selesai sehingga dokumen sedia dikutip (dokumen permohonan lengkap). 14 hari bekerja
8. Permohonan pengambilan tanah dibawah Seksyen 3(1)(b) dan 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri sehingga diangkat ke perakuan PTG. 21 hari bekerja
9. Pemakluman surat keputusan bagi risalat pengambilan tanah kepada PTD selepas tarikh terima keputusan MMKN. 14 hari bekerja
10. Permohonan permit bahan batuan diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. 30 hari bekerja
11. Pemakluman surat keputusan bagi risalat permohonan permit bahan batuan kepada PTD selepas Mesyuarat JKBB. 14 hari bekerja
12. Permohonan kebenaran menggunakan / membatalkan kawasan lapang diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. 30 hari bekerja
13. Pemakluman surat keputusan bagi risalat permohonan kebenaran menggunakan  / membatalkan kawasan lapang kepada PTD selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kawasan Lapang Negeri Melaka. 14 hari bekerja
14. Permohonan pecah bahagi bangunan (Hakmilik Strata) akan diproses mulai tarikh perserahan permohonan lengkap diterima sehingga kelulusan PTG :-  
500 petak dan ke bawah 30 hari bekerja
500 hingga 1,000 petak  40 hari bekerja
1,000 petak dan ke atas 50 hari bekerja
15. Permohonan pecah bahagi bangunan (Hakmilik Strata) diproses mulai tarikh penerimaan pelan PA(B) sehingga didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan :-  
500 petak dan ke bawah 40 hari bekerja
500 hingga 1,000 petak 60 hari bekerja
1,000 petak ke atas 100 hari bekerja
16. Permohonan bayaran ansuran cukai tanah diproses mulai permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan PTG.  7 hari bekerja
17. Penyelesaian / pemakluman terhadap pertanyaan dan aduan awam. 7 hari bekerja
Theme Color
Reset Color
Font Resizer