Perutusan Pengarah Tanah dan Galian Melaka

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kerana sudi melayari Portal Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Melaka. Portal ini dibina dengan objektif memberikan maklumat komprehensif dan terkini mengenai profil Pejabat Tanah dan Galian, Melaka dan perkhidmatan yang disediakan supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna secara langsung.

Dalam era globalisasi ini, pentadbiran tanah tidak mampu terkecuali atau terbelakang daripada proses perubahan ke arah pentadbiran elektronik. Justeru itu Melaka telah mengorak langkah bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di dalam penggunaan sistem e-Tanah bermula 17 Disember 2014. Sistem ini membolehkan semua urusan tanah dilaksanakan secara berkomputer dengan efisyen dan cekap. Selain itu PTG juga telah menyelaras perlaksanaan pembayaran cukai tanah melalui kaunter BSN, POS dan secara online melalui aplikasi mobile dan sistem gerbang pembayaran MelakaPay serta JomPay.

Portal ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat cadangan, aduan dan menyampaikan maklumbalas yang dapat membantu memperbaiki perkhidmatan Pejabat Tanah dan Galian, Melaka. Kami amat mengalu-alukannya.

Terima Kasih.

Selamat Melayari Portal Pejabat Tanah dan Galian, Melaka.

“Maklumat Tanah Di Hujung Jari Anda”

Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Melaka.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer