Seksyen Khidmat Pengurusan

Objektif :

  • Memastikan semua urusan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran jabatan dan kakitangan berjalan dengan teratur, kemas dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.
  • Berusaha meningkatkan program-program peningkatan produktiviti dan prestasi kerja selaras dengan dasar-dasar Kerajaan.
  • Memastikan segala urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan berjalan dengan cekap dan teratur berpandukan kepada arahan-arahan kewangan dan perbendaharaan Persekutuan dan Negeri.

 

Fungsi :

  • Mengendalikan segala urusan perkhidmatan kakitangan seperti pengesahan jawatan, perakuan menanggung kerja/memangku, perakuan kemasukan kejawatan berpencen, perlanjutan tempoh percubaan, penyediaan Kew.8, mengemaskinikan buku rekod perkhidmatan, permohonan peperiksaan, urusan persaraan, mesyuarat-mesyuarat pejabat, penyata perkhidmatan, tindakan tatatertib, laporan sulit, dan lain-lain urusan am.
  • Menyediakan segala urusan pentadbiran seperti pengurusan surat menyurat-surat terima dan surat keluar, pengawasan sistem kad perakam waktu, sistem fail, urusan perjawatan dan perkhidmatan personel.
  • Merancang dan menganjurkan kursus latihan untuk pegawai dan kakitangan bagi mencapai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan pentadbiran tanah dan bidang-bidang lain.
  • Menyediakan lembaran gaji dan perubahan gaji kakitangan, menyediakan baucer tuntutan perjalanan dan elaun, menyediakan penyata penyesuaian flimsy, mengurus panjar wang runcit, menguruskan kerja-kerja membaiki alat-alat pejabat, mengeluarkan pesanan kerajaan, pembekalan dan pesanan tempatan, mengurus stor dan inventori jabatan serta menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan.
Theme Color
Reset Color
Font Resizer