Berita Lain

Perkhidmatan Kawalan Iring “Cash In Transit” (Cit) Ke Bank Bagi Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka Mulai 25 Januari 2023 Hingga 23 Januari 2026

15 Nov 2022

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang seperti di bawah bagi menyertai sebutharga berikut :

No./ Tajuk Sebutharga

Kod Bidang Pendaftaran

Tarikh Tutup Sebutharga

PERKHIDMATAN KAWALAN IRING “CASH IN TRANSIT” (CIT) KE BANK BAGI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

MULAI 25 JANUARI 2023 HINGGA 23 JANUARI 2026 

220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu lesen KDN)

12.00 TENGAH HARI,

24 NOVEMBER 2022 (KHAMIS)


2. Dokumen sebutharga boleh diperolehi mulai 16 November 2022 melalui Sistem Tender Online Melaka (STOM).

3. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada pematuhan spesifikasi perkhidmatan di Lampiran C yang disertakan.

4. Tawaran Sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran seperti butiran di bawah:

Alamat:         
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Seksyen Khidmat Pengurusan
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Ayer Keroh
75450 Melaka.

5. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Sebut Harga tersebut, hendaklah menghubungi pegawai seperti berikut :

5.1       Puan Nur Adilla Bte Daut               -           06-333 3333 EXT : 5011

Theme Color
Reset Color
Font Resizer