Berita Lain

IKLAN JAWATAN KOSONG

02 Dec 2022

 
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

IKLAN JAWATAN KOSONG


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatan berikut :-

1.     Jawatan dan kekosongan :

Nama Jawatan    : PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
Kekosongan : 6 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred  : N19
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Tempoh Perkhidmatan : 3 bulan 
Kementerian/ Jabatan : Pejabat Tanah dan Galian Melaka
Gaji  :  RM54.00/ hari (Bayaran gaji adalah mengikut hari bekerja)


Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i)    warganegara Malaysia;
ii)   berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
iii)   memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan lulus ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Permohonan

Permohonan hendaklah mengemukakan resume bergambar yang lengkap, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik/ kemahiran, dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 2, Wisma Negeri
Jalan Wisma Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
(u.p : Seksyen Khidmat Pengurusan)


1.    Tarikh tutup permohonan ialah pada  8 Disember 2022 (Khamis)

2.    Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.    Permohonan yang berikut akan ditolak :

3.1 Resume yang tidak lengkap;
3.2 Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
3.3 Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan;
3.4 Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.


4.    Catatan Am

4.1 Keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka dan aktif dalam kegiatan luar terutama dalam bidang sukan. 
4.2 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

 

Theme Color
Reset Color
Font Resizer