Pelupusan Tanah / Urusetia Mmkn & Dewan

1. Apakah sekatan-sekatan berkenaan dengan bukan warganegara dan syarikat asing?
Sekatan-sekatan berkenaan dengan bukan warganegara dan syarikat asing adalah seperti yang dinyatakan di dalm Seksyen 433A - 433H Kanun Tanah Negara 1965.

2. Apakah dasar pemilikan hartanah oleh warganegara asing / syarikat di Negeri melaka yang berkuatkuasa?
Secara ringkasnya, Dasar Pemilikan Hartanah Oleh Warganegara / Syarikat Asing di Negeri Melaka yang berkuatkuasa adalah seperti berikut:-

 

NO. PERKARA KATEGORI PERINCIAN
1. Bayaran Proses Kediaman / Perniagaan

RM3,000.00 per lot / unit

Pembahagian Harta Pusaka (Kategori Kediaman / Perniagaan)

RM500.00 per lot / unit

Perusahaan

RM10,000.00 per lot / unit

Pembahagian Harta Pusaka (Perusahaan)

RM2,000.00 per lot / unit

2. Bayaran Notis Kelulusan Kediaman / Perniagaan 2% daripada harga jualan atau RM20,000.00 mana yang lebih tinggi

Pindah milik kasih sayang, hibah atau urusan yang tidak melibatkan harga jualan (Kategori Kediaman / Perniagaan)

RM5,000.00
Perusahaan 2.5% daripada harga jualan

Pindah milik kasih sayang, hibah atau urusan yang tidak melibatkan harga jualan (Kategori Perusahaan)

RM10,000.00
3. Harga Kawalan Hakmilik Strata Melebihi RM500,000.00
Hakmilik Landed Melebihi RM1,000,000.00
Kategori Perusahaan Melebihi RM1,500,000.00
4. Keluasan Rumah banglo Tidak melebihi 8,000 kaki persegi
Rumah Berkembar Tidak melebihi 5,000 kaki persegi
Kategori Perusahaan Melebihi 1 ekar
5. Tingkat Bangunan Kediaman 2 tingkat dan ke atas
Bangunan Perniagaan 3 tingkat dan ke atas

 

3.  Bagaimanakah permohonan untuk memiliki hartanah oleh warganegara / syarikat asing di Negeri Melaka?
Semua permohonan pemilikan hartanah oleh warganegara / syarikat asing di Negeri Melaka hendaklah melalui mengguna khidmat guaman tempatan (Malaysia) bagi urusan permohonannya.
Semua bayaran proses dan notis kelulusan melalui cek atau bank draf adalah di atas nama Pendaftar Hakmilik Geran Tanah Negeri Melaka di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Melaka.

 

4. Sekiranya permohonan untuk memiliki hartanah oleh warganegara / syarikat asing di Negeri Melaka ditolak atau kelulusan tersebut tidak diteruskan/dibatalkan oleh pemohon, bolehkah bayaran proses atau notis kelulusan dikembalikan?
Tidak. Semua permohonan pemulangan semula bayaran proses dan bayaran notis kelulusan adalah tidak dipertimbangkan dan ditolak.
Sekiranya pemohon masih berminat untuk meneruskan permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan baru (dengan bayaran proses baharu) bagi setiap rayuan permohonan yang telah ditolak oleh Pihak Berkuasa Negeri.

5. Berapakah tempoh sah laku kelulusan untuk memiliki hartanah oleh warganegara / syarikat asing di Negeri Melaka?
Tempoh sahlaku kelulusan untuk memiliki hartanah oleh warganegara / syarikat asing di Negeri Melaka adalah dua (2) tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut, urusan pindah milik belum disempurnakan, pemohon boleh mengemukakan permohonan pembaharuan kelulusan tersebut dengan bayaran sepertimana bayaran proses mengikut urusan untuk tambahan dua (2) tahun lagi.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer