Hasil

1. Apakah itu cukai Tanah?

Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai : i) apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
ii) apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklan dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
iii) apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.

2. Siapakah yang perlu menjelaskan cukai tanah?

Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.

3. Bilakah anda sepatutnya membayar cukai tanah?

Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Selepas daripada tarikh tersebut, denda lewat akan dikenakan.

4. Mengapa anda perlu membayar cukai tanah sedangkan saya telah membayar cukai taksiran?

Pengenaan cukai tanah adalah selaras dengan peruntukan Undang-undang Malaysia iaitu Kanun Tanah Negara 1965 yang menyebut bahawa cukai sewa adalah yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah merupakan satu hutang yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri. Pengenaan cukai taksiran pula adalah selaras dengan peruntukan Akta Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 127 yang membolehkan Majlis/PBT mengenakan cukai taksiran atau cukai am ke atas pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis

5. Implikasi jika gagal menjelaskan cukai tanah?

Di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara tanah anda akan DIRAMPAS.

6. Di manakah saya boleh membayar cukai tanah?

Cukai tanah boleh dibayar melalui saluran – saluran berikut :

i. Pejabat Daerah Dan Tanah di dalam negeri Melaka
ii. UTC Melaka
iii. Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
iv. Kaunter Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia

7. Adakah cukai tanah boleh dibayar secara online?

Ya, cukai tanah boleh dibayar melalui Portal MelakaPay.

8. Bolehkah pembayaran cukai tanah secara online dibuat melalui Portal Bank seperti maybank2u.com atau CIMB Clicks?

Tidak boleh, bayaran online hanya boleh dibuat melalui Portal MelakaPay sahaja. Sebarang pembayaran melalui saluran online yang lain tidak akan diproses.

9. Bolehkah pembayaran cukai tanah dibuat melalui 2 atau 3 akaun sekaligus?

Pembayaran cukai tanah tidak boleh dibuat sekaligus kerana 1 akaun cukai tanah adalah hanya untuk 1 bayaran sahaja.

10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pembayaran secara online berjaya namun status masih menunjukkan pembayaran belum dijelaskan?

Bagi pembayaran yang dibuat, pengguna perlu menunggu sekurang - kurangnya 3 hari bekerja berikutnya untuk pengesahan bayaran oleh pihak bank.

11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak mendapat bil cukai tanah?

Sebarang permasalah berkenaan bil cukai tanah boleh dirujuk kepada Seksyen Hasil PTG di talian 06 – 333 3333 samb. 5041 atau Whatsapp Helpline Cukai Tanah Melaka 010-3078 262 atau muat turun cukai tanah/ petak di Portal eTanah Melaka melalui pautan http://etanah.melaka.gov.my/portal/semakan_akaun.

12. Bagaimanakah cara untuk menukar alamat pada bil cukai tanah?

a) Penukaran alamat boleh dilakukan melalui online di sini link : https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLScq_uPv3zK6akBcYpBvHNFEuRGKdhQVQk5g22GSx1Y-wy_AjA/viewform?usp=send_form

b) Penukaran alamat boleh juga dilakukan di setiap kaunter Pejabat Tanah Dan Daerah.

13. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat di Daerah-daerah lain?

Ya. Bayaran cukai tanah boleh dibayar di mana-mana kaunter hasil Pejabat Daerah Dan Tanah di dalam negeri Melaka.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer