Strata
1. Apa itu Hakmilik Strata? |
Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit / petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak. Contohnya :- Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai. |
2. Apakah Jadual Petak? |
Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan. Jadual petak mengandungi:-
|
3. Mengapa perlu Hakmilik Strata? |
Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya :- Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka. |
4. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan kegagalan pemaju / tuan tanah memohon hakmilik strata pada peringkat penyiapan super structure ? |
Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang berkenaan. |
5. Apakah yang dimaksudkan dengan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS)? |
SiFUS adalah satu perakuan oleh PTG Negeri sebagai salah satu pra syarat permohonan hakmilik strata. SiFUS akan dikeluarkan oleh PTG Negeri setelah pemilik asal / pemaju menyelesaikan syarat-syarat tanah. |
6. Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata ? |
Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas keluluasan pelan bangunan. |
7. Pindaan Akta Hakmilik Strata 2013 telah mengeluarkan Bahagian berkaitan perbadanan pengurusan. Di manakah pemilik petak / perbadanan pengurusan boleh membuat rujukan berkenaan perbadanan pengurusan selepas ini ? |
Pemilik petak/perbadanan pengurusan boleh membuat pertanyaan terus kepada Persuruhjaya Bangunan selaras dengan wartanya Akta Pengurusan Strata 2013. |