Taklimat Pelaksanaan Projek Sistem e-Tanah 2.0 Bagi Negeri Melaka telah diadakan pada 3 Februari 2025 (Isnin) bertempat di Hotel Ames, Melaka.
Taklimat ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka; Tuan Muhammad Heeza bin Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan ICT Pentadbiran Tanah, JKPTG; Encik Fauzi bin Elham, Ketua ICT Negeri Melaka; Encik Nigel Lee Siew Tat, Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Tegap Sdn Bhd; Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Daerah, Pentadbir-pentadbir Tanah serta sebahagian pengguna sistem yang telah dilantik sebagai Core User Group (CUG) Pentadbiran Tanah Negeri Melaka.
Menerusi taklimat ini, Pentadbiran Tanah Negeri Melaka telah diberi penerangan mengenai Pengenalan e-Tanah, Pelaksanaan e-Tanah, Pembangunan Aplikasi, Pengurusan Data, Infrastruktur, Pengurusan Perubahan serta Sokongan & Operasi.