Majlis Penyerahan Kerja Pembaikan Permukaan Dinding Luar Serta Mengecat Termasuk Kerja Berkaitan Di Bangunan Wisma Negeri telah diadakan di Pejabat PTG Melaka pada 6 Februari 2025. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka dan YBrs. Ir. Mahalil bin Mokhtar, Jurutera Daerah Melaka Tengah serta pegawai-pegawai.
Projek Kerja Pembaikan Permukaan Dinding Luar Serta Mengecat Termasuk Kerja Berkaitan Di Bangunan Wisma Negeri telah bermula pada 1 Oktober 2024 dan telah siap pada 30 Januari 2025. Pentadbiran ini mengucapkan terima kasih kepada JKR Melaka Tengah selaku Agensi Pelaksana dan Syarikat NFZ Cekal Sdn. Bhd selaku kontraktor.