Sesi kunjung hormat SAC Hakemal bin Hawari, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah kepada YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah berlangsung dengan jayanya.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara PGA dan Pejabat Tanah dan Galian Melaka khususnya dalam pelaksanaan Ops Gali Mega 2026, selaras dengan usaha mempertingkatkan penguatkuasaan, pematuhan undang-undang serta menangani aktiviti pengorekan dan perlombongan tanpa kebenaran.
Diharapkan sinergi erat ini akan terus memperkukuh keberkesanan operasi bersepadu demi kepentingan negeri dan kesejahteraan awam.
010-307 8262 




