Other News

Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

09 Nov 2022

Tawaran ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221606 Mencetak Borang/ Kertas Komputer (Perlu lesen KDN) untuk Tender Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

Tajuk Tender Kod Bidang No. Dokumen Taklimat Tender Tarikh Tutup Tender
Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Mengepos Bil Cukai Tanah Dan Bil Cukai Petak Bagi Tahun 2023

221606

Mencetak Borang/ Kertas Komputer (Perlu lesen KDN)

TENDER PTGM(S)/T01/2022

Harga:

RM50.00

Tiada 30 November 2022 jam 12.00 tengahari

 

Dokumen Tawaran akan mula dipamerkan mulai 09 November 2022 pada waktu pejabat di Seksyen Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka, Aras 2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Dokumen Tender akan dijual dari 09 November 2022 hingga 30 November 2022 pada waktu pejabat.

Hanya pegawai-pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran dibenarkan mengambil atau memberi kuasa kepada kakitangan syarikat untuk mengambil Dokumen Tender. Petender / Wakil hendaklah membawa bersama SIJIL ASAL KEMENTERIAN KEWANGAN (KKM).

Salinan-salinan perakuan dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos Sahaja Atas Nama: ”PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA”.

Dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam Sampul Surat Berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 November 2022 di Seksyen Khidmat Pengurusan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, Aras 2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Petender yang lewat diterima tidak akan diterima / dilayan.

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA
ARAS 2, WISMA NEGERI
JALAN WISMA NEGERI
HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH
MELAKA

Muat turun iklan, klik disini

Theme Color
Reset Color
Font Resizer