Other News

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BIL 2/2022 BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022

02 Dec 2022

Assalamualaikum WBT dan Selamat sejahtera?

YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA BIL 2/2022 BAGI TEMPOH JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2022

Adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran ini sedang melaksanakan Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Bil 2/2022 dalam membantu pihak pengurusan merancang dan menambahbaik mutu perkhidmatan di pentadbiran ini dari semasa ke semasa. Justeru itu, YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan dipohon untuk mengedar Borang Kajian Kepuasan Pelanggan jabatan ini kepada semua pegawai/kakitangan di jabatan YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan.

Tempoh pelaksanaan kajian adalah bermula pada 1 Disember 2022 sehingga 30 Disember 2022 (Jumaat). Sehubungan dengan itu, kerjasama YB. Datuk/YBhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengisi soal selidik kajian tersebut dalam tempoh yang ditetapkan melalui pautan berikut : https://forms.gle/wLDaey3Bi8kbFjwv9

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YB. Datuk/YBhg. Datuk/ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Theme Color
Reset Color
Font Resizer