Strata

1. Apa itu Hakmilik Strata?

Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit / petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.

Contohnya :- Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.

2. Apakah Jadual Petak?

Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan. Jadual petak mengandungi:-

  1. Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
  2. Petak, harta bersama dan petak aksesori
  3. Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
  4. Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.

3. Mengapa perlu Hakmilik Strata?

Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.

Contohnya :- Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka.

4. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan kegagalan pemaju / tuan tanah memohon hakmilik strata pada peringkat penyiapan super structure ?

Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang berkenaan.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS)?

SiFUS adalah satu perakuan oleh PTG Negeri sebagai salah satu pra syarat permohonan hakmilik strata. SiFUS akan dikeluarkan oleh PTG Negeri setelah pemilik asal / pemaju menyelesaikan syarat-syarat tanah.

6. Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata ?

Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas keluluasan pelan bangunan.

7. Pindaan Akta Hakmilik Strata 2013 telah mengeluarkan Bahagian berkaitan perbadanan pengurusan. Di manakah pemilik petak / perbadanan pengurusan boleh membuat rujukan berkenaan perbadanan pengurusan selepas ini ?

Pemilik petak/perbadanan pengurusan boleh membuat pertanyaan terus kepada Persuruhjaya Bangunan selaras dengan wartanya Akta Pengurusan Strata 2013.

Theme Color
Reset Color
Font Resizer