Seksyen Penguatkuasa Dan Teknikal
-
Objektif:
- Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Undang-undang Tanah selaras dengan kehendak Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah Negeri Melaka.
- Meningkatkan pungutan hasil Kerajaan Negeri melalui bayaran royalti bahan batuan dengan peruntukan Kanun Tanah Negara dan Peraturan Tanah
- Mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat asas berkaitan dengan pembangunan tanah di negeri Melaka.
-
Fungsi:
- Menyiasat dan menyediakan laporan terhadap aduan-aduan yang diterima daripada orang awam berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang Kanun Tanah Negara.
- Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan, permohonan permit ruang udara dan pengambilan tanah.
- Menjadi urusetia bagi permohonan permit pasir di dalam Mesyuarat Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Negeri (JKBB).
- Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Tanah 1960.
- Menjadi urusetia Jawatankuasa Khas Sumber Mineral Negeri Melaka.
- Menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengeluaran bahan batuan tanpa permit mengikut Seksyen 429B(1) Kanun Tanah Negara.
- Menyediakan pelan mengenai tapak cadangan pembangunan di negeri Melaka mengikut kehendak Y.A.B Ketua Menteri
- Mengumpul dan mengemaskini data-data sebagai maklumat mengenai pengeluaran bahan batuan, pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan (a) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan tanah negeri Melaka
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





