ASAS PENUBUHAN

Sejarah /Latar Belakang Jabatan

 

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka ditubuhkan pada tahun 1958, selepas negara ini mencapai kemerdekaan. Lokasi bangunan terletak di bangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka dikenali dengan nama Pejabat Tanah dan Galian Melaka dan telah digabungkan dengan Pejabat Kewangan Negeri.

Pada tahun 1979, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah berpindah dari bangunan Stadhyus ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah dan kemudiannya pada 15 September 2004, berpindah ke bangunan baru Wisma Negeri yang terletak di Aras 1-2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka adalah merupakan satu jabatan penting di Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, jabatan ini mengendalikan urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan tanah. Ia bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bidang ini selaras dengan kehendak seksyen 12(3) (a) Kanun Tanah Negara, 1965.

Aras 2 merupakan terletaknya Pejabat Pengarah dan segala urusan Pembangunan Tanah, Pendaftaran dan Pengurusan dilaksana di sini manakala di Aras 1 menempatkan Unit Hasil, Strata, Penguatkuasa dan Teknologi Maklumat.

Lokasi Asal Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (Tahun 1958-1979)
Berpindah ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah (Tahun 1979-2004)

 

Bil Nama Pengarah Tempoh Perkhidmatan
1 Mr. Gadwin 29.3.1958 – 3.8.1958
2 Mr. J.B. Melford 4.8.1958 – 7.1.1960
3 En. Abd. Manaf bin Hj. Mohd Nor 8.1.1960 – 21.1.1962
4 En. Mahyuddin bin Mohd Zain 22.1.1962 – 31.6.1963
5 En. Akasa bin Ab. Rahman 1.7.1963 – 15.9.1965
6 En. Abdul Karim bin Ineh 16.9.1965 – 30.7.1968
7 En. Abdul Karim bin Mohd Mansor 1.8.1968 – 28.2.1970
8 En. Kamarulzaman bin Abdul Rahman 1.3.1970 – 15.6.1972
9 Tuan Sheikh Mahmud bin Ali 16.6.1972 – 31.8.1973
10 Tuan Syed Abd Bari bin Syed Abdullah Shahabuddin 1.9.1973 – 31.12.1978
11 Abdul Kadir bin Abu Bakar 1.1.1979 – 6.5.1979
12 Tuan Haji Ahmad Salim bin Hj. Omar 7.5.1979 – 31.12.1982
13

Tuan Hj. Ahmad Kushairi bin Hj. Abdullah

1.1.1983 – 31.10.1995
14

Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Abd. Aziz bin Omar

1.3.1996 – 31.10.1997
15

Y.Bhg. Datuk Hj. Lugiman bin Abu Seman

1.11.1997 – 15.7.2001
16

En. Jaafar bin Abu

1.8.2001 – 25.8.2006
17

Tn. Hj Abdullah bin Mohd Taha

25.8.2006 – 3.7.2007
18

Tn. Hj Abd Kadir bin Yaakup

9.7.2007 – 16.10.2008
19

Tn. Hj Hasim bin Ismail

20.10.2008 – 31.12.2008
20

En. Harun bin Bujang

1.1.2009 – 31.5.2009
21

En. Sulaiman bin Harmain Shah

1.6.2009 – 31.8.2009
22

En. Wan Idrus bin Wan Shariff

1.9.2009 – 31.8.2010
23

Datuk Roslan bin Ibrahim

16.9.2010 – 30.6.2013
24 Datuk Jaapar bin Wahab 1.8.2013 – 14.3.2017
25

Datuk Zaidi bin Johari

Jun 2017 – Disember 2020
26

Dato' Che Sukri bin Che Mat

Disember 2020 – 9 April 2021
27

Datuk Md Azhan bin Samat

12 April 2021 – 7 Julai 2023
28

 

Datuk Noraini binti Tawel

10 Julai 2023 – sekarang