Seksyen Khidmat Pengurusan
-
Objektif:
- Memastikan semua urusan perkhidmatan, perjawatan dan pentadbiran jabatan dan kakitangan berjalan dengan teratur, kemas dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.
- Berusaha meningkatkan program-program peningkatan produktiviti dan prestasi kerja selaras dengan dasar-dasar Kerajaan.
- Memastikan segala urusan kewangan dan perbelanjaan jabatan berjalan dengan cekap dan teratur berpandukan kepada arahan-arahan kewangan dan perbendaharaan Persekutuan dan Negeri.
-
Fungsi:
- Mengendalikan segala urusan perkhidmatan kakitangan seperti pengesahan jawatan, perakuan menanggung kerja/memangku, perakuan kemasukan kejawatan berpencen, perlanjutan tempoh percubaan, penyediaan Kew.8, mengemaskinikan buku rekod perkhidmatan, permohonan peperiksaan, urusan persaraan, mesyuarat-mesyuarat pejabat, penyata perkhidmatan, tindakan tatatertib, laporan sulit, dan lain-lain urusan am.
- Menyediakan segala urusan pentadbiran seperti pengurusan surat menyurat-surat terima dan surat keluar, pengawasan sistem kad perakam waktu, sistem fail, urusan perjawatan dan perkhidmatan personel.
- Merancang dan menganjurkan kursus latihan untuk pegawai dan kakitangan bagi mencapai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas-tugas berkaitan pentadbiran tanah dan bidang-bidang lain.
- Menyediakan lembaran gaji dan perubahan gaji kakitangan, menyediakan baucer tuntutan perjalanan dan elaun, menyediakan penyata penyesuaian flimsy, mengurus panjar wang runcit, menguruskan kerja-kerja membaiki alat-alat pejabat, mengeluarkan pesanan kerajaan, pembekalan dan pesanan tempatan, mengurus stor dan inventori jabatan serta menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





