Seksyen Hasil
-
Objektif:
- Mempertingkatkan prestasi kutipan hasil tanah melalui pemantauan dengan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah.
- Meningkatkan kutipan hasil tanah menerusi penyelidikan dan kempen kesedaran membayar cukai serta menyelaras penguatkuasaan peraturan-peraturan tanah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan Malacca Land Rules 1966.
- Memperkenalkan sistem kutipan hasil cukai tanah yang lebih efisyen dan efektif bagi maksud pemantauan dan mengurangkan kebocoran hasil.
- Mengurangkan tunggakan hasil cukai tanah menerusi strategi yang mematuhi kehendak undang-undang.
- Membuat penambahbaikkan dalam sistem kutipan hasil tanah.
-
Fungsi:
- Memantau kutipan hasil tanah bagi Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Melaka iaitu Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
- Menguruskan kutipan hasil daripada agensi pemungut POS Malaysia Berhad, BSN, dan Portal.
- Menyediakan laporan mingguan dan bulanan bagi kutipan hasil tanah daripada seluruh Pejabat Tanah Negeri Melaka.
- Mengumpul maklumat berkaitan dengan hasil supaya dapat digunakan bagi tujuan perancangan.
- Menyediakan, menyemak dan menganalisis data untuk kajian kes dan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan kutipan hasil negeri .
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





