Seksyen Hasil

  • Objektif:

    • Mempertingkatkan prestasi kutipan hasil tanah melalui pemantauan dengan Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah.
    • Meningkatkan kutipan hasil tanah menerusi penyelidikan dan kempen kesedaran membayar cukai serta menyelaras penguatkuasaan peraturan-peraturan  tanah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan Malacca Land  Rules 1966.
    • Memperkenalkan sistem kutipan hasil cukai tanah yang lebih efisyen dan efektif bagi maksud pemantauan dan mengurangkan kebocoran hasil.
    • Mengurangkan tunggakan hasil cukai tanah menerusi strategi yang mematuhi kehendak undang-undang.
    • Membuat penambahbaikkan dalam sistem kutipan hasil tanah.
  • Fungsi:

    • Memantau kutipan hasil tanah bagi Pejabat Tanah dan Daerah di Negeri Melaka iaitu Pejabat Tanah Melaka Tengah, Pejabat Tanah Alor Gajah, dan Pejabat Tanah Jasin.
    • Menguruskan kutipan hasil daripada agensi pemungut POS Malaysia Berhad, BSN, dan Portal.
    • Menyediakan laporan mingguan dan bulanan bagi kutipan hasil tanah daripada seluruh Pejabat Tanah Negeri Melaka.
    • Mengumpul maklumat berkaitan dengan hasil supaya dapat digunakan bagi tujuan perancangan.
    • Menyediakan, menyemak dan menganalisis data untuk kajian kes dan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan  kutipan hasil negeri .