PIAGAM PELANGGAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA
| No. | Perkara | Tempoh |
| 1. | Permohonan risalat tanah yang lengkap untuk diperakukan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG) sebelum diangkat bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). | 30 hari bekerja |
| 2. | Pemakluman surat keputusan bagi risalat tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) yang berkenaan daripada tarikh terima keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka. | 14 hari bekerja |
| 3. | Permohonan pembangunan tanah diproses daripada tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. | 30 hari bekerja |
| 4. | Permohonan kebenaran pindah milik diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan PTG. | 21 hari bekerja |
| 5. | Permohonan kebenaran pindah milik diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan YAB Ketua Menteri. | 30 hari bekerja |
| 6. | Keputusan permohonan dikemukakan kepada Pentadbir Tanah mengikut tempoh ditetapkan setelah menerima keputusan daripada urusetia Mesyuarat JKBB. | 14 hari bekerja |
| 7. | Permohonan urusan urusniaga dan bukan urusniaga selesai sehingga dokumen sedia dikutip (dokumen permohonan lengkap). | 14 hari bekerja |
| 8. | Permohonan pengambilan tanah dibawah Seksyen 3(1)(b) dan 3(1)(c) Akta Pengambilan Tanah 1960 diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri sehingga diangkat ke perakuan PTG. | 21 hari bekerja |
| 9. | Pemakluman surat keputusan bagi risalat pengambilan tanah kepada PTD selepas tarikh terima keputusan MMKN. | 14 hari bekerja |
| 10. | Permohonan permit bahan batuan diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. | 30 hari bekerja |
| 11. | Pemakluman surat keputusan bagi risalat permohonan permit bahan batuan kepada PTD selepas Mesyuarat JKBB. | 14 hari bekerja |
| 12. | Permohonan kebenaran menggunakan / membatalkan kawasan lapang diproses mulai tarikh permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga diangkat ke perakuan PTG. | 30 hari bekerja |
| 13. | Pemakluman surat keputusan bagi risalat permohonan kebenaran menggunakan / membatalkan kawasan lapang kepada PTD selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kawasan Lapang Negeri Melaka. | 14 hari bekerja |
| 14. |
Permohonan pecah bahagi bangunan (Hakmilik Strata) akan diproses mulai tarikh perserahan permohonan lengkap diterima sehingga kelulusan PTG :- |
|
| 500 petak dan ke bawah | 30 hari bekerja | |
| 500 hingga 1,000 petak | 40 hari bekerja | |
| 1,000 petak dan ke atas | 50 hari bekerja | |
| 15. |
Permohonan pecah bahagi bangunan (Hakmilik Strata) diproses mulai tarikh penerimaan pelan PA(B) sehingga didaftarkan dalam tempoh yang ditetapkan :- |
|
| 500 petak dan ke bawah | 40 hari bekerja | |
| 500 hingga 1,000 petak | 60 hari bekerja | |
| 1,000 petak dan ke atas | 100 hari bekerja | |
| 16. | Permohonan bayaran ansuran cukai tanah diproses mulai permohonan lengkap diterima daripada PTD sehingga kelulusan PTG. | 7 hari bekerja |
| 17. | Penyelesaian / pemakluman terhadap pertanyaan dan aduan awam. | 7 hari bekerja |
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





