Strata
-
Apa itu Hakmilik Strata?
- Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit / petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.
Contohnya :- Rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, Townhouse, dan rumah kedai.
- Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit / petak bagi sesebuah bangunan berbilang tingkat yang unit-unitnya telah dijual. Unit-unit ini adalah dikenali sebagai petak-petak.
-
Apakah Jadual Petak?
- Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan. Jadual petak mengandungi:-
- Pelan lokasi, tingkat dan tandaan seperti Seksyen 9 AHS
- Petak, harta bersama dan petak aksesori
- Perakuan JUBL bahawa skim boleh dipecah bahagi
- Perakuan Arkitek/Jurutera bahawa bangunan / petak tanah yang dibina akan mengikut pelan yang diluluskan.
- Mengikut Seksyen 6 (1) Akta Pengurusan Strata 2013, pemaju tidak boleh menjual petak-petak tanpa memfailkan Jadual Petak terlebih dahulu ke Pesuruhjaya Bangunan. Jadual petak mengandungi:-
-
Mengapa perlu Hakmilik Strata?
- Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.
Contohnya :- Pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pesaka.
- Untuk menjaga kepentingan pembeli sebagai bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan kegagalan pemaju / tuan tanah memohon hakmilik strata pada peringkat penyiapan super structure ?
- Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri yang berkenaan.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS)?
- SiFUS adalah satu perakuan oleh PTG Negeri sebagai salah satu pra syarat permohonan hakmilik strata. SiFUS akan dikeluarkan oleh PTG Negeri setelah pemilik asal / pemaju menyelesaikan syarat-syarat tanah.
-
Di peringkat manakah formula unit syer dapat ditentukan berdasarkan konsep baru aliran kerja pengeluaran hakmilik strata?
- Berdasarkan konsep aliran kerja baru, formula unit syer ditentukan lebih awal iaitu selepas keluluasan pelan bangunan.
-
Pindaan Akta Hakmilik Strata 2013 telah mengeluarkan Bahagian berkaitan perbadanan pengurusan. Di manakah pemilik petak / perbadanan pengurusan boleh membuat rujukan berkenaan perbadanan pengurusan selepas ini ?
- Pemilik petak/perbadanan pengurusan boleh membuat pertanyaan terus kepada Persuruhjaya Bangunan selaras dengan wartanya Akta Pengurusan Strata 2013.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





