Hasil

  1. Apakah itu cukai Tanah?
    • Cukai Tanah ditafsirkan sebagai “sewa” di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai:
      1. apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai sewa.
      2. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang, mengikut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ia adalah sewa atau hasil tanah; dan
      3. apa-apa fee yang akan dibayar kepada PBN berkenaan dengan tunggakan sewa menurut kuasa kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14.
  2. Siapakah yang perlu menjelaskan cukai tanah?
    • Merujuk kepada Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah tahunan.
  3. Bilakah anda sepatutnya membayar cukai tanah?
    • Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Selepas daripada tarikh tersebut, denda lewat akan dikenakan.
  4. Mengapa anda perlu membayar cukai tanah sedangkan saya telah membayar cukai taksiran?
    • Pengenaan cukai tanah adalah selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 manakala cukai taksiran dikenakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
  5. Implikasi jika gagal menjelaskan cukai tanah?
    • Di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara tanah anda akan DIRAMPAS.
  6. Di manakah saya boleh membayar cukai tanah?
    • Pejabat Daerah Dan Tanah di dalam negeri Melaka
    • UTC Melaka
    • Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
    • Kaunter Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia
  7. Adakah cukai tanah boleh dibayar secara online?
    • Ya, cukai tanah boleh dibayar melalui Portal MelakaPay.
  8. Bolehkah pembayaran cukai tanah secara online dibuat melalui Portal Bank?
    • Tidak boleh. Bayaran online hanya boleh dibuat melalui Portal MelakaPay sahaja.
  9. Bolehkah pembayaran cukai tanah dibuat melalui 2 atau 3 akaun sekaligus?
    • Tidak boleh kerana 1 akaun cukai tanah adalah hanya untuk 1 bayaran sahaja.
  10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pembayaran online berjaya tetapi status belum dikemas kini?
    • Pengguna perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk pengesahan bayaran oleh pihak bank.
  11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak mendapat bil cukai tanah?
    • Hubungi Seksyen Hasil PTG di talian 06-333 3333 samb. 5041 atau WhatsApp 010-3078 262 atau muat turun bil melalui Portal eTanah Melaka.
  12. Bagaimanakah cara untuk menukar alamat pada bil cukai tanah?
    • Penukaran alamat boleh dibuat secara online melalui Google Form atau di kaunter Pejabat Tanah dan Daerah.
  13. Bolehkah bayaran cukai tanah dibuat di Daerah-daerah lain?
    • Ya, bayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah di dalam negeri Melaka.