Pendaftaran Hakmilik
-
Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat?
- Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat kekal berwarna hitam atau biru hitam selaras dengan peruntukan Jadual Kesepuluh Kanun Tanah Negara.
-
Perlukah bahagian penyaksian disempurnakan sekiranya cop mohor (common seal) diturunkan?
- Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor (common seal) syarikat pada borang suratcara. Tetapi mana-mana instrumen yang mempunyai cop mohor (common seal) perlu disertakan dengan satu penyata dibawah Seksyen 210, Kanun Tanah Negara.
-
Bolehkah perubahan dibuat pada borang suratcara?
- Perubahan boleh dibuat pada borang suratcara dengan syarat semua perubahan perlu ditandatangan ringkas.
-
Bolehkah penyaksian bagi Tanah Adat Melaka (MCL) dibuat oleh peguambela atau peguamcara?
- Penyaksian bagi hakmilik Tanah Adat Melaka hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Daerah sahaja.
-
Bolehkah Pejabat Tanah menerima perserahan yang tidak lengkap?
- Perserahan yang tidak lengkap boleh diterima, namun pendaftaran hanya boleh disempurnakan setelah dokumen yang diperlukan/dikuiri telah diterima oleh Pejabat Tanah.
-
Siapakah yang boleh atau layak untuk membuat permohonan memotong kaveat?
- Hanya pemilik atau pihak berkepentingan yang berdaftar sahaja yang boleh membuat permohonan.
-
Bagaimanakah cara permohonan pemotongan kaveat dibuat?
- Permohonan pemotongan kaveat boleh dipohon kepada Pentadbir Tanah melalui Seksyen 326 Kanun Tanah Negara dengan menggunakan Borang 19H atau melalui Perintah Mahkamah berdasarkan Seksyen 327 KTN.
-
Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan?
- Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum sebarang urusniaga boleh dilaksanakan.
-
Bolehkah segala urusan di Seksyen Pendaftaran dibayar dengan menggunakan cek?
- Bayaran boleh dibuat melalui cek bagi urusan yang melibatkan amaun berjumlah RM300.00 ke atas.
-
Bagaimanakan cara-cara untuk mengisi Borang 14A (Borang Pindahmilik)?
- Setiap urusniaga dikehendaki menggunakan borang yang telah ditetapkan, disamping cara-cara pengisian yang tertentu. Semasa pengisian borang, peruntukan-peruntukan yang terdapat di bawah Seksyen 43 dan Jadual 10 KTN hendaklah dipatuhi.
- Suratcara yang telah siap diisi hendaklah ditandatangani oleh pemilik tanah atau orang berkaitan itu sendiri dan bagi kes-kes yang melibatkan syarikat dan perbadanan, suratcara hendaklah ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.
- Semua suratcara hendaklah diakusaksikan dan disetemkan secukupnya mengikut Akta Setem 1949 sebelum didaftarkan.
-
Apakah yang dimaksudkan dan apakah borang yang digunakan untuk memohon kemasukan kaveat persendirian?
- Tujuan kaveat persendirian adalah untuk melarang sebarang urusniaga tanah. Kaveat persendirian boleh dimasukkan menggunakan Borang 19B.
-
Apakah yang perlu dilakukan apabila hakmilik hilang?
- Laporan polis (jika ada);
- Surat Akuan Sumpah kehilangan hak milik;
- Bayaran RM240.00 bagi setiap hakmilik.
-
Segala urusan pertanyaan hakmilik tanah
- Sila hubungi Seksyen Pendaftaran Pejabat Tanah dan Galian Melaka di talian 06-3333333 Samb. 5043.
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





