PTG Melaka

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2026

2026-06-30

Seramai 9 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 pada majlis yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka pada 30 Jun 2026. Majlis ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan terhadap komitmen dan usaha warga kerja, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka untuk terus meningkatkan prestasi serta menyemai budaya kerja berprestasi tinggi.

Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian, Melaka sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada penerima-penerima anugerah. 

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi demi kecemerlangan organisasi. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan kita semua terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah !

TAHNIAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN MEI 2026

2026-06-25

🌟 TAHNIAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN MEI 2026 🌟
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Aris Bin Adenan, Juruteknik Komputer Gred FT1, Seksyen Teknologi Maklumat atas pengiktirafan sebagai Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Mei 2026.
Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, disiplin serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan berprestasi tinggi.
#PekerjaCemerlangBulanan
#PTGMelaka
#BudayaKerjaCemerlang
#PerkhidmatanBerkualiti

Penerimaan Sijil Penghargaan Pencapaian 10 Terbaik Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)

2026-06-19

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka menerima Sijil Penghargaan bagi 10 Terbaik Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam Tahun 2025 semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 19 Jun 2026.
Sijil Penghargaan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdullah Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka.
Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen seluruh warga jabatan dalam mengamalkan nilai-nilai murni, integriti, profesionalisme serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan organisasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Go-Live Pembukaan Kaunter Sistem E-Tanah Negeri Melaka 2.0

2026-06-22

Sistem e-Tanah 2.0 Negeri Melaka GO-LIVE  dan pembukaan semula kaunter bermula pada hari ini:
📅 22 JUN 2026
.
.
Pelaksanaan ini merupakan langkah penting ke arah pendigitalan penuh urusan tanah bagi memastikan perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan mesra pengguna kepada rakyat Negeri Melaka ✨
.
Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan berkaitan tanah melalui portal rasmi:
🌐 https://ptg.melaka.gov.my/my
Bersama-sama kita melangkah ke arah sistem pentadbiran tanah yang lebih moden dan efisien 🚀

Orang Melaka, apa tunggu lagi.
Jom gunakan Portal Awam e-Tanah bermula hari ini.
.
Mana Lagi? Melaka Lerr!
.
#sistemetanah #etanah2 #roadtogoliveetanahmelaka

Penerimaan Anugerah 5 Bintang (Cemerlang) Majlis Anugerah Keselamatan Perlindungan

2026-06-08

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka yang diwakili YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah menerima Anugerah 5 Bintang (Cemerlang) di Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang diadakan di Putrajaya pada 8 Jun 2026.
Anugerah tersebut membuktikan PPTG Melaka komited dalam memastikan keselamatan dalam pentadbiran berada pada tahap yang selamat.