
🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌟
2026-07-27
Warga Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Anis binti Ali Hasan, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Melaka, atas penganugerahan sebagai Tokoh Pentadbiran Tanah sempena Sambutan Hari Tanah Negara Ke-10 Tahun 2026. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, kepimpinan serta jasa beliau dalam memperkasakan pentadbiran tanah dan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi kemajuan pentadbiran tanah serta kesejahteraan Negeri Melaka. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan. #PejabatPengarahTanahDanGalianMelaka #HariTanahNegara2026 #TokohPentadbiranTanah #Tahniah #PerkhidmatanAwam #MalaysiaMadani

🌍 SELAMAT MENYAMBUT HARI TANAH NEGARA 2026
2026-07-27
27 Julai merupakan tarikh Sambutan Hari Tanah Negara yang diraikan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan warga pentadbiran tanah di seluruh negara dalam memastikan sistem pentadbiran tanah kekal cekap, telus dan relevan seiring dengan pembangunan negara. Bersempena sambutan Hari Tanah Negara 2026 yang bertemakan "Tanah Kita, Tanggungjawab Kita", marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen dalam memelihara, mengurus dan mentadbir tanah secara berintegriti, mampan dan berhemah demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka akan terus komited memperkasakan sistem pentadbiran tanah yang cekap, telus, berintegriti dan berteraskan tadbir urus terbaik, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. "Tanah Kita, Tanggungjawab Kita" Selamat Menyambut Hari Tanah Negara 2026. PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rohayu Binti Mat Saat atas pengiktirafan sebagai Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Jun 2026.
2026-07-22
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rohayu Binti Mat Saat atas pengiktirafan sebagai Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Jun 2026. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan cemerlang. 👏 Tahniah dan teruskan kecemerlangan! #PekerjaCemerlang #Jun2026 #PejabatPengarahTanahDanGalianMelaka #BudayaKerjaCemerlang

Aplikasi Mudah Alih e-TANAH
2026-07-06

SISTEM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA Detik yang dinanti telah tiba! 🎉
2026-06-22
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





