




TAHNIAH PASUKAN BOLING PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Boling Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Boling Piala KPTG 2026 yang telah diadakan pada 27 Julai 2026 di Wangsa Bowl, IOI Mall Putrajaya.
Pertandingan ini telah menghimpunkan penyertaan daripada warga Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri serta Pentadbiran Tanah Daerah dari seluruh negara sebagai platform mengeratkan hubungan strategik, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuh jalinan kerjasama dalam kalangan warga pentadbiran tanah.
Kejayaan ini merupakan manifestasi komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kontinjen PTG Melaka dalam mengharumkan nama jabatan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang serta memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam.
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan PTG Melaka atas pencapaian yang membanggakan ini.





























📍 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PPTG) Negeri Melaka telah menyertai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundor dengan membuka Kaunter Perkhidmatan e-Tanah bersama Puncak Tegap Sdn. Bhd. (PTSB) sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan pentadbiran tanah kepada masyarakat.
Selain menyediakan khidmat nasihat dan penerangan berkaitan urusan tanah, program ini turut menampilkan Taklimat Sistem e-Tanah yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat mengenai kemudahan perkhidmatan digital yang disediakan. Taklimat ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali fungsi serta kelebihan penggunaan Sistem e-Tanah dalam melaksanakan urusan tanah dengan lebih mudah, cepat dan efisien.
Penyertaan PPTG Negeri Melaka dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang mesra rakyat, selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan dan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah singgah di kaunter PPTG Negeri Melaka. Semoga usaha ini dapat memperkukuh hubungan antara jabatan dan masyarakat serta menggalakkan penggunaan Sistem e-Tanah sebagai platform utama urusan pentadbiran tanah.


Penerimaan Anugerah 5 Bintang (Cemerlang) Majlis Anugerah Keselamatan Perlindungan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka yang diwakili YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah menerima Anugerah 5 Bintang (Cemerlang) di Majlis Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang diadakan di Putrajaya pada 8 Jun 2026.
Anugerah tersebut membuktikan PPTG Melaka komited dalam memastikan keselamatan dalam pentadbiran berada pada tahap yang selamat.




Penerimaan Sijil Penghargaan Pencapaian 10 Terbaik Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0)
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka menerima Sijil Penghargaan bagi 10 Terbaik Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN 2.0) Perkhidmatan Awam Tahun 2025 semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya pada 19 Jun 2026.
Sijil Penghargaan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdullah Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Melaka.
Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen seluruh warga jabatan dalam mengamalkan nilai-nilai murni, integriti, profesionalisme serta budaya kerja berprestasi tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan organisasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Go-Live Pembukaan Kaunter Sistem E-Tanah Negeri Melaka 2.0
Sistem e-Tanah 2.0 Negeri Melaka GO-LIVE dan pembukaan semula kaunter bermula pada hari ini:
📅 22 JUN 2026
.
.
Pelaksanaan ini merupakan langkah penting ke arah pendigitalan penuh urusan tanah bagi memastikan perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan mesra pengguna kepada rakyat Negeri Melaka ✨
.
Orang ramai boleh mengakses perkhidmatan berkaitan tanah melalui portal rasmi:
🌐 https://ptg.melaka.gov.my/my
Bersama-sama kita melangkah ke arah sistem pentadbiran tanah yang lebih moden dan efisien 🚀
Orang Melaka, apa tunggu lagi.
Jom gunakan Portal Awam e-Tanah bermula hari ini.
.
Mana Lagi? Melaka Lerr!
.
#sistemetanah #etanah2 #roadtogoliveetanahmelaka

TAHNIAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN MEI 2026
🌟 TAHNIAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN MEI 2026 🌟
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Muhammad Aris Bin Adenan, Juruteknik Komputer Gred FT1, Seksyen Teknologi Maklumat atas pengiktirafan sebagai Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Mei 2026.
Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi, disiplin serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan berprestasi tinggi.
#PekerjaCemerlangBulanan
#PTGMelaka
#BudayaKerjaCemerlang
#PerkhidmatanBerkualiti


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2026
Seramai 9 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 pada majlis yang diadakan di Hotel Hatten, Melaka pada 30 Jun 2026. Majlis ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan terhadap komitmen dan usaha warga kerja, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Melaka untuk terus meningkatkan prestasi serta menyemai budaya kerja berprestasi tinggi.
Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian, Melaka sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada penerima-penerima anugerah.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan penuh dedikasi demi kecemerlangan organisasi. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan kita semua terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah !
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
ptg@melaka.gov.my
Telefon: 06 - 333 3333 ext 5048
Fax: 06-2325802
Waktu Operasi Kaunter
Isnin-Khamis
8.00AM-4.00PMJumaat
8.00AM-3.00PM
Kod QR
Jumlah Pelawat:
©2026 Hakcipta Terpelihara. Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Melaka
Paparan terbaik menggunakan pelayar Firefox 25+ Chrome 25+ IE9+. Resolusi paparan 1024+





