sidebar

Perutusan Pegawai Daerah

Tarikh Kemaskini: Isnin, 25 Mei 2026 15:14:31

Image 8

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia
Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat
Melaka Sayang Rakyat
Malaysia Madani

Selamat datang ke portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sebagai medium utama penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada masyarakat secara lebih pantas, tepat dan berkesan.

Selaras dengan perkembangan teknologi digital dan aspirasi pendigitalan perkhidmatan awam, pejabat-pejabat daerah dan tanah Negeri Melaka termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Jasin sentiasa komited dalam memperkukuhkan sistem penyampaian yang cekap, telus dan mesra pelanggan. Portal rasmi ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pentadbiran daerah, pengurusan tanah, pembangunan daerah serta pelbagai urusan atas talian yang disediakan.

Seiring dengan pelaksanaan Sistem e-Tanah 2.0 di Negeri Melaka yang akan bermula pada 22 Jun 2026 sebagai langkah transformasi digital dalam pengurusan tanah yang lebih moden, sistematik dan efisien, Melalui sistem ini, pelbagai urusan berkaitan tanah dapat dilaksanakan secara lebih mudah dan cepat termasuk semakan bil dan cukai tanah, pembayaran dalam talian, semakan status permohonan, urusan perserahan serta capaian maklumat berkaitan tanah secara bersepadu. Pelaksanaan sistem ini diharap dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan tempoh pemprosesan serta memperkukuhkan integriti dan ketelusan dalam tadbir urus tanah negeri.

Dalam mendepani era masa kini, Pejabat ini turut memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam. Penggunaan teknologi AI mampu membantu meningkatkan kecekapan operasi melalui analisis data yang lebih pantas, pengurusan maklumat yang sistematik, automasi proses kerja serta penambahbaikan pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan kerajaan. Pendekatan ini juga dapat membantu jabatan membuat keputusan yang lebih tepat, responsif dan berasaskan data demi kepentingan rakyat dan pembangunan daerah.

Kami percaya bahawa penggunaan teknologi dan inovasi digital mampu memperkukuhkan hubungan dua hala antara jabatan dan masyarakat. Oleh itu, segala pandangan, cadangan serta maklum balas daripada pengguna amatlah dihargai demi memastikan penambahbaikan perkhidmatan dapat dilaksanakan secara berterusan.

Seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jasin akan terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan daerah yang mampan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka dan Malaysia MADANI.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung portal ini. Semoga segala maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dapat memberi manfaat serta memudahkan urusan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

 

Datuk Rahizi Bin Ranom

Pegawai Daerah Jasin
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin