-
Utama
PROFIL JABATAN
PROFIL DAERAH
-
LATER BELAKANG
-
PARLIMEN JASIN
-
DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)
-
PERKHIDMATAN
SUMBER
- UNDANG-UNDANG
-
SUARA ANDA
- GALERI FOTO
INTEGRITI
-
HUBUNGI KAMI
Undang-Undang
Tarikh Kemaskini: Isnin, 18 Mei 2026 14:55:36
Senarai Undang-undang Utama Yang Diguna Pakai Untuk Pentadbiran Tanah Negeri Melaka
Kanun
- Kanun Tanah Negara 1965
Perlembagaan
- Perlembagaan Persekutuan
- Perlembagaan Negeri Melaka
Akta-akta
- Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 1965
- Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2008
- Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963
- Akta Hakmilik Strata 1985
- Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2006
- Akta Pengambilan Tanah 1960
- Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
- Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
- Akta Penanaman Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967
- Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957
- Akta Pembangunan Tanah 1956 [Akta 474]
- Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450]
- Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Melaka 2015
- Akta Pengurusan Strata (Akta 757)
Kaedah dan Peraturan
- Kaedah-kaedah Tanah Melaka 1966
- Peraturan-peraturan Mineral Melaka 2006
- Kaedah-kaedah Tanah Hakmilik Strata 2002
- Enakmen Mineral Negeri Melaka 2002
Beberapa senarai undang-undang yang dirujuk oleh pentadbiran tanah negeri Melaka
- Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13]
- Akta Umur Dewasa 1971 [Akta 21]
- Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Akta 55]
- Akta Keterangan 1950 [Akta 56]
- Akta Kesahtarafan 1961 [Akta 60]
- Akta Undang-undang Sivil 1956 [Akta 67]
- Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83]
- Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]
- Akta Pesaka (Pembahagian) 1955 [Akta 98]
- Akta Syarikat 1965 [Akta 125]
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
- Akta Orang Asli 1954 [Akta 134]
- Akta Relif Spesifik 1950 [Akta 137]
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
- Akta Sumpah dan Ikrar 1949 [Akta 194]
- Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]
- Akta Pewakilan Kuasa 1956 [Akta 358]
- Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359]
- Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360]
- Akta Setem 1949 [Akta 378]
- Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388]
- Akta Surat Kuasa Wakil 1949 [Akta 424]
- Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447]
- Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 [Akta 448]
- Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 [Akta 458]
- Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538]
- Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
- Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001 [Akta 613]
Senarai Kesalahan dan hukuman di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN)
| Bil | Jenis Kesalahan | Seksyen KTN | Hukuman jika disabitkan kesalahan |
|---|---|---|---|
| 1 | Membocorkan maklumat | Sek: 19(a) | Sek 429(a) Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan |
| 2 | Pembelian tanah oleh pegawai yang dilantik (kes jualan lelong) | Sek: 20 | Sek 429(b) Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan |
| 3 | Melanggar syarat tetap dan jenis penggunaan tanah | Sek: 127 | Denda tidak melebihi RM500 dan denda tambahan RM100 sehari. Tanah dirampas. |
| 4. | Mengalih DHD, suratcara Buku Rekod, dan dokumen lain yang keselamatannya di bawah tanggungjawab Pendaftar/Pentadbir Tanah | Sek : 375(2) | Sek.429(c) Denda tidak melebihi RM1000 @ penjara tidak melebihi enam (6) bulan |
| 5. | Tidak memberi notis pertukaran alamat berdaftar yang baru menggunakan Borang 26A kepada Pendaftar | Sek : 379(1) | Sek.429(d) Denda tidak melebihi RM1000 @ penjara tidak melebihi enam (6) bulan |
| 6. | Kegagalan oleh juruukur berlesen menyempurnakan kerja-kerja ukur setelah Borang 29D disampaikan padanya | Sek : 398A | Sek.422 Denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih 6 bulan |
| 7. | Tidak mengendahkan notis Borang 29A supaya hadir menunjukkan sempadan semasa kerja ukur dilakukan oleh Pegawai Ukur | Sek : 400(1) | Sek.400(3) Denda tidak melebihi RM 100 |
| 8. | Gagal mematuhi notis Borang 29B tanpa alasan yang munasabah untuk memberikan maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan dengan sempadan tanah yang sedang diukur | Sek : 400(2) | Sek.400(3) Denda tidak melebihi RM 100 |
| 9. | Melakukan kerja-kerja ukur bagi tanah dalam negeri tanpa kuasa atau lesen yang sah | Sek : 400A | Sek.400A Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi setahun (1) atau kedua-duanya sekali |
| 10. | Memusnahkan,merosakkan,memindahkan,mengalih atau meminda tanda sempadan atau tanda ukur tanpa kebenaran Pengarah Ukur dan Pemetaan dengan sengaja | Sek : 403 | Sek. 403 (a) dan (b) Denda tidak melebihi RM 500 dan boleh dikenakan kos pemulihan tidak melebihi tiga kali jumlah kos pemulihan |
| 11. | Dengan pengetahuan memberi kenyataan palsu berkaitan dengan apa-apa urusniaga atau lain-lain transaksi yang menyentuh tanah atau perkara-perkara lain yang berbangkit di bawah KTN | Sek : 422(a) | Sek.422 Denda tidak melebihi RM 5000 dan jika gagal bayar, penjara tidak melebihi tiga tahun |
| 12. | Dengan pengetahuan memberi maklumat palsu atau membuat kenyataan palsu berkaitan dengan apa-apa penyiasatan kesalahan di bawah KTN | Sek : 422(aa) | Sek.422 Denda tidak melebihi RM 5000 dan jika gagal bayar, penjara tidak melebihi tiga tahun. |
| 13. | Membuat tipuan mendapatkan: (i) pendaftaran atau pengeluaran apa-apa dokumen daftar atau dokumen lain berkaitan tanah; atau (ii) apa-apa memorial atau kemasukan lain atas dokumen atau instrumen berkaitan tanah yang berkenaan;atau (iii) pembatalan atau pindaan apa-apa dokumen atau instrumen berkaitan atau apa-apa memorial atau kemasukan lain |
Sek : 422(c) | Sek.422 Denda tidak melebihi RM 5000 dan jika gagal bayar, penjara tidak melebihi tiga tahun. |
| 14. | Menyembunyikan dokumen penting daripada Pendaftar Sek. | 422(d) | Sek.422 Denda tidak melebihi RM 5000 dan jika gagal bayar, penjara tidak melebihi tiga tahun. |
| 15. | Mengubah, meminda, menambah, memadam, merosak, atau memusnahkan mana-mana dokumen hakmilik/suratcara dan catitan-catitan di atas dokumen atau suratcara | Sek : 423 | Sek. 423 Denda tidak melebihi RM 3000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. |
| 16. | Tanpa alasan yang munasabah, gagal mengemukakan apa-apa dokumen yang diperlukan dalam notis di bawah peruntukan: (i) perenggan 15(1)(e);atau (ii) perenggan 175B (1)(b);atau (iii) subseksyen 343(4) |
Sek : 424(1) | Sek.424(1) Denda tidak melebihi RM 500 atau penjara tidak melebihi sebulan (1) atau kedua-duanya sekali. |
| 17. | Tanpa alasan yang munasabah, gagal mengemukakan apa-apa dokumen yang diperlukan dalam notis Borang 29D subseksyen 398A (2) | Sek : 424(2) | Sek.424(2) Denda tidak melebihi RM 500 atau penjara tidak melebihi sebulan (1) atau kedua-duanya sekali. |
| 18. | Mendiami atau membina bangunan atas mana-mana tanah kerajaan/tanah/rezab/tanah lombong tanpa kebenaran yang sah | Sek : 425(1)(a) | Sek.425 Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
| 19. | Membersih, membajak, menggali atau mengepung atau menanam atas atas mana-mana tanah kerajaan/tanah/rezab/tanah lombong tanpa kebenaran yang sah | Sek : 425(1)(b) | Sek.425 Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
| 20. | Memotong atau memindah apa-apa kayu kayan atau hasil atas atau dari mana-mana tanah kerajaan/tanah/rezab/tanah lombong tanpa kebenaran yang sah | Sek : 425(1)(c) | Sek.425 Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
|
21.
|
Bersubahat melakukan kesalahan di bawah Sek. 425(1)(a)(b)(c) | Sek : 425(1A) | Sek.425(1A) Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
| 22. | Mengguna/menduduki ruang udara di atas tanah kerajaan atau tanah rezab tanpa permit | Sek : 425 A | 425 A Denda tidak melebihi RM 2000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali |
| 23. | Mengambil/mengeluar bahan batuan daripada mana-mana tanah tanpa permit yang sah | Sek : 426(1) | 426 Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
| 24. | Bersubahat melakukan kesalahan di bwah seksyen 426(1) dan sek. 426(1A) | Sek : 426(1B) | 426(1B) Denda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi satu(1) tahun atau kedua-duanya sekali |
| 25. | Membenarkan haiwan ternakan meragut di mana-mana tanah kerajaan/rizab | Sek : 427 I1) | 427(2) KTN Denda tidak melebihi RM 10 000 |
| 26. | Menghalang hak lalu lalang, jalan-jalan tempat awam dan “Waterways” | Sek : 428 | 428(2) Denda tidak melebihi RM 2000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali |
| 27. | Menerima apa-apa maklumat dari cara yang salah | Sek : 428A | Sek.428A. Denda tidak melebihi RM1000 @ penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali |
Preview PDF






