Unit Pentadbiran & Kewangan
1. Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.
2. Mengawasi disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
3. Mengurus segala cuti, menyedia dan memproses dokumen persaraan.
4. Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tenang dasar dan peraturan kerja semasa.
5. Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan Dan Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM).
Unit Majlis & Keraian
1. Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan negeri dan persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung yang diurusetia oleh bahagian pembangunan.
2. Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di daerah.
Unit Teknologi Maklumat
- Memberi dan mengumpul maklumat-maklumat terkini untuk dikemaskini di laman web jabatan.
- Bertindak sebagai sokongan kepada unit aset menguruskan aktiviti-aktiviti aset pendaftaran aset alih kerajaan untuk peralatan ICT PDTMT
- Menyelaras penyelenggaraan bagi masalah yang dilaporkan oleh Pengguna.
- Menjalankan kajian, perancangan, perolehan ke atas keperluan perkakasan dan perisian ict baru dan tambahan.
- Menyediakan pelbagai laporan/slaid persembahan dan bahan-bahan taklimat jabatan yang memerlukan kepakaran teknikal. Mengambil gambar/ video sekiranya terdapat majlis-majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah.
Unit Keselamatan
Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan keselamatan fizikal premis, kawalan akses, perlindungan pegawai, pelanggan dan aset jabatan serta memastikan pematuhan terhadap prosedur dan keperluan keselamatan yang ditetapkan.
Unit Pengurusan Data
Menguruskan dan mengemaskini semua data dan maklumat pegawai dan kakitangan.








